‹ Kembali ke pendaftaran

Dasar Privasi

Bagaimana kami mengumpul dan menggunakan maklumat anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Malaysia).

BPA RESOURCES (IP0597519T) · Dikemas kini 21 Oktober 2026

1. Maklumat yang kami kumpul

  • Butiran anda: nama, e-mel dan nombor telefon yang anda isi.
  • Rekod bayaran: jumlah, tarikh dan rujukan pesanan. Kami tidak menyimpan nombor kad atau maklumat akaun bank anda. Bayaran dikendalikan oleh Billplz.
  • Penggunaan: masa log masuk terakhir, pengecam peranti (untuk had satu peranti) dan alamat IP (untuk keselamatan dan menghalang penyalahgunaan).
  • Kod: kod trial atau promo yang anda gunakan.

2. Untuk apa kami gunakan

  • Menyediakan akses dan menghantar key, resit bayaran dan peringatan tamat tempoh ke e-mel anda.
  • Menguruskan akaun, sokongan dan perkhidmatan.
  • Menghalang penyalahgunaan, contohnya trial berulang.

Kami tidak menjual maklumat anda.

3. Pihak ketiga yang membantu kami

Billplz (bayaran), Resend (penghantaran e-mel), Supabase (pangkalan data) dan Vercel (hosting). Mereka memproses data hanya untuk menyediakan perkhidmatan ini.

4. Storan pada peranti anda

Aplikasi menyimpan key dan tetapan anda pada peranti (localStorage) supaya anda tidak perlu memasukkannya setiap kali. Ia tidak digunakan untuk iklan.

5. Simpanan dan hak anda

Kami menyimpan maklumat selagi akaun wujud dan selama diperlukan untuk rekod bayaran. Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam maklumat anda dengan menghubungi admin@breakoutpriceaction.my. Rekod bayaran mungkin perlu dikekalkan bagi tujuan perakaunan.

6. Hubungi kami

BPA RESOURCES (IP0597519T) · admin@breakoutpriceaction.my